Tuesday, October 23, 2012

Khasiat Minyak Morhabshi



Minyak Morhabshi amat sesuai untuk Bayi & juga Ibu mengandung/Bersalin kerana minyak ini tidak panas & juga sesuai untuk semua lapisan umur.
Minyak Morhabshi juga dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).

Antara keunikan Minyak Morhabshi ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya. 

Dalam hal ini saya dan beberapa sahabat yang terdiri daripada golongan profesional pernah menguji Minyak Morhabshi menggunakan perantaraan seorang pelajar yang mempunyai kelebihan melihat makhluk ghaib. Menurut pelajar IPTA tersebut, 'makhluk' itu serta merta melarikan diri apabila seorang sahabat saya yang menjadi 'sampel ujikaji' disapukan Minyak Morhabshi pada tubuhnya. Wallahu'alam.

Kami juga dapati Minyak Morhabshi berkesan untuk asma, batuk, sakit dada, dan sebagainya. 
Minyak Morhabshi juga didapati mujarab untuk hampir semua penyakit kulit termasuk kayap, kurap, gatal-gatal dan serangan bakteria. Malah Almarhum mendakwa ia juga mujarab untuk barah. Hal ini kemudiannya diakui oleh seorang Sahabat Morhabshi iaitu Ustaz Samsudin dari Kemaman Terengganu. Beliau juga seorang pengamal perubatan tradisional yang baru-baru ini menggunakan Minyak Morhabshi bagi merawat seorang pesakit Barah Hati kronik.

Kami amat mengesyorkan agar Minyak Morhabshi sering dibawa bersama anda ketika dalam perjalanan, terutama apabila menaiki kenderaan awam. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman kami, ia memberikan kesan segera untuk sakit perut, senak, kembung, dan cirit birit. Lagipun, apabila anda melalui lebuhraya 'yang berbagai-baggai keadaannya' macam-macam boleh mengganggu anda dan keluarga anda, terutama anak kecil.

Saya sendiri pernah pernah mengalami sakit gigi sehingga terpaksa mengeluarkan hampir RM200 untuk pembedahan kecil. Namun sakit gigi tersebut tidak pernah sembuh sepenuhnya selama hampir setahun (sekali sekala). Pada suatu tengah malam (2005) tiba-tiba sakit gigi itu menyerang. Saya segera mengambil secebis tisu, mencelupkannya dalam Minyak Morhabshi, dan menampalnya dalam lubang geraham saya itu. Alhamdulillah, tidak sampai 10 minit sakitpun hilang. Lebih menakjubkan, sehingga kini (2009) gigi geraham tersebut tidak pernah meragam lagi. Saya tidak perlu mencabutnya walaupun masih berlubang.

Satu lagi kegunaan Minyak Morhabshi ialah bagi merawat luka termasuk yang agak parah. Seorang sahabat saya (pegawai bank di Lukut, NS) menceritakan peristiwa beliau menggunakan Minyak Morhabshi akibat tertetak tangannya sendiri dengan parang tajam. Keberkesanan Minyak Morhabshi mengagumkan doktor yang merawatnya selepas itu sehingga luka tersebut tidak perlu dijahit. 

0 comments:

Post a Comment